"Menyediakan dokumen kewangan untuk AGM"
Mesyuarat Agung Tahunan menjelang dan anda perlu sediakan penyata kewangan. Ikut senarai semak ini supaya dokumen anda lengkap, tepat, dan profesional.
Seminggu sebelum: pastikan rekod lengkap & tepat
1. Rekod semua transaksi tertunggak. Pastikan setiap derma, bil, dan elaun sepanjang tahun sudah dimasukkan. Guna Import Penyata Bank jika ada timbunan transaksi bank.
2. Buat rekonsiliasi bank akhir. Padankan rekod sistem dengan penyata bank Disember — lihat Rekonsiliasi Bank. Ini memastikan tiada transaksi terlepas.
3. Semak Imbangan Duga. Buka Imbangan Duga dan pastikan badge ✓ Seimbang hijau. Kalau seimbang, semua laporan lain boleh dipercayai.
4. Kemas kini sesi AJK. Pastikan nama Pengerusi, Bendahari, dan Pemeriksa betul — nama ini akan muncul di ruang tandatangan PDF AGM.
Hari menyedia dokumen: jana penyata

5. Jana PDF AGM. Satu klik menghasilkan pakej lengkap — cover, Penyata Penerimaan & Pembayaran, Penyata Pendapatan & Perbelanjaan, Kunci Kira-Kira, dan ruang tandatangan. Lihat Jana PDF AGM.
6. Cetak & edar. Cetak PDF, edar kepada ahli jawatankuasa untuk semakan, dan sediakan untuk tandatangan semasa mesyuarat.
💡 Contoh situasi: Bendahari Masjid Seri Damai luangkan satu petang seminggu sebelum AGM: import penyata Disember, rekonsiliasi, semak Imbangan Duga (hijau ✓), jana PDF AGM. Selesai dalam dua jam — termasuk minum petang. Tahun lepas, kerja sama ambil dua hari penuh dengan Excel.
⚠ Perhatian: Jana PDF AGM memerlukan Pelan Pro. Jika Pelan Asas, anda masih boleh muat turun setiap penyata berasingan (Penyata Penerimaan & Pembayaran, Penyata Pendapatan & Perbelanjaan, Kunci Kira-Kira) dan himpunkan sendiri.