Cuba Percuma

Sediakan Akaun Tunai & Bank

Kalau tabung menjawab "duit ini untuk apa?", maka akaun menjawab "duit ini di mana?" — di dalam peti tunai, atau di dalam akaun bank masjid. Setiap transaksi yang anda rekod mesti dikaitkan dengan satu akaun, supaya sistem tahu baki sebenar setiap tempat simpanan.

Sediakan akaun — langkah 1 Sediakan akaun — langkah 2 Sediakan akaun — langkah 3

Akaun lalai: Tunai di Tangan

Setiap masjid baru bermula dengan satu akaun: Tunai di Tangan. Ini mewakili duit fizikal yang ada dalam simpanan bendahari — contohnya kutipan Jumaat sebelum dibank-inkan.

Cara menambah akaun bank

  1. Buka Kewangan → klik butang MenuTabung & Akaun.
  2. Di bahagian Akaun, pada kad Tambah Akaun Baru, isi:
    • Nama Akaun — cth: Bank Islam — Akaun Utama atau Maybank.
    • No. Akaun — nombor akaun bank (pilihan, tapi digalakkan untuk rujukan).
    • Baki Awal (RM) — baki dalam akaun itu pada hari anda mula guna sistem.
  3. Klik + Tambah Akaun. Akaun baru terus boleh dipilih semasa merekod transaksi atau pindahan.

💡 Contoh situasi: Masjid ada satu akaun Bank Islam dengan baki RM12,500 pada 1 Januari. Tambah akaun Bank Islam — Akaun Utama, no. akaun isi, baki awal 12500. Mulai sekarang setiap derma yang dibank-in dan setiap bil yang dibayar melalui bank akan ditolak/ditambah pada baki ini secara automatik.

Baki awal akaun — penting!

Baki Awal pada akaun ialah jumlah duit yang sudah ada dalam akaun itu sebelum anda mula merekod dalam MasjidKits. Kalau anda tinggalkan kosong, sistem ingat akaun itu bermula dari RM0 — dan baki yang dipaparkan nanti tidak akan padan dengan penyata bank sebenar.

Perhatian: Baki awal akaun (di skrin ini) berbeza daripada Baki Awal tahunan masjid keseluruhan. Yang ini khusus untuk satu akaun bank; yang tahunan mewakili keseluruhan kedudukan masjid. Lihat Tetapkan Baki Awal untuk yang tahunan.

Edit akaun

Tekan ikon pensil di sebelah nama akaun untuk tukar Nama Akaun atau No. Akaun. Hanya pentadbir dan bendahari boleh urus akaun.