Cuba Percuma

Penyata Pendapatan & Perbelanjaan

Ini versi laporan yang lebih formal, distrukturkan ikut biro dan disertakan nota perincian — bentuk yang biasa dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Penyata Pendapatan & Perbelanjaan

Cara membuka

  1. Buka Kewangan → klik Menu.
  2. Di bahagian Laporan, klik Penyata Pendapatan.
  3. Pilih Tahun, klik Papar.

Apa yang ditunjukkan

  • Pendapatan — jumlah keseluruhan penerimaan tahun.
  • Perbelanjaan ikut biro — setiap biro (Pentadbiran, Pendidikan & Dakwah, Kebajikan, Pembangunan) satu baris.
  • Lebihan/(Kurangan) Pendapatan Atas Perbelanjaan — kedudukan akhir tahun.
  • Nota Kepada Penyata — perincian akaun di bawah setiap nota (Nota 1 = Pendapatan, Nota 2 dan seterusnya = setiap biro).

Kenapa ikut biro?

Mengumpulkan belanja ikut biro memberi gambaran lebih jelas kepada ahli: berapa masjid laburkan untuk dakwah, berapa untuk kebajikan, berapa untuk penyelenggaraan. Ini menjadikan perbincangan bajet AGM lebih bermakna.

💡 Contoh situasi: Di AGM, ahli bertanya "berapa kita belanja untuk program agama tahun ini?" Penyata ini terus tunjuk jumlah Biro Pendidikan & Dakwah — tak perlu kira manual. Kemas kategori belanja anda ke biro yang betul lebih awal (lihat Kategori & Biro) supaya laporan ini tepat.

Muat turun PDF

Klik Muat Turun PDF untuk versi cetak. Untuk pakej lengkap AGM (cover + semua penyata + ruang tandatangan AJK), gunakan Jana PDF AGM.