Cuba Percuma

Import Penyata Bank (CSV/Excel)

Daripada menaip setiap transaksi bank satu demi satu, anda boleh muat naik fail penyata bank (CSV atau Excel) dan import semuanya sekaligus. Sistem akan ingat susunan lajur penyata anda, jadi import kali kedua lebih pantas.

Import penyata bank — langkah 1 Import penyata bank — langkah 2

Langkah 1 — Muat naik fail

  1. Buka Kewangan → klik MenuImport Penyata Bank.
  2. Pilih Akaun (bank/tunai) — akaun yang penyata ini milik.
  3. Pilih Fail transaksi (.csv / .xlsx).
  4. Klik Seterusnya →.

💡 Tiada fail penyata? Gunakan butang Muat turun template Excel pada skrin import — ia beri fail dengan lajur siap (Tarikh, Keterangan, Debit, Kredit) yang anda boleh isi dari buku tunai manual.

Langkah 2 — Padan lajur (kali pertama sahaja)

Kali pertama untuk sesuatu akaun, sistem perlu tahu lajur mana mewakili apa:

  • Lajur Tarikh + Format Tarikh (DD/MM/YYYY, dll).
  • Lajur Keterangan.
  • Cara jumlah dipaparDua lajur (Debit & Kredit) atau Satu lajur (negatif = keluar).
  • Langkau baris atas (header) — biasanya 1.

Klik Pratonton Transaksi →. Susunan ini disimpan, jadi import seterusnya untuk akaun yang sama akan terus ke langkah 3.

Langkah 3 — Semak & pilih kategori

  1. Pilih Masukkan ke Tabung (tabung untuk transaksi ini).
  2. Untuk setiap baris, pilih Kategori yang sesuai. Butang ↳ semua sama mempercepat — guna kategori yang sama untuk semua baris berketerangan serupa.
  3. Bila semua baris ada kategori, klik Sahkan & Import [X] Transaksi.

Sistem akan import semua transaksi ke ledger sekaligus.

Perhatian: Setiap baris mesti ada kategori sebelum boleh disahkan. Baris header dan baki bawa-ke-hadapan diabaikan secara automatik — anda tak perlu buang manual.

💡 Contoh situasi: Bendahari muat turun penyata bulanan Bank Islam (Excel). Pilih akaun Bank Islam, upload fail, padan lajur sekali sahaja. Pada pratonton, derma masuk ditanda kategori Derma Jemaah dan bil ditanda Bil Utiliti. Tekan Sahkan — 20 transaksi sebulan masuk dalam beberapa saat, bukan setengah jam menaip.

Perhatian: Fungsi import hanya untuk pentadbir dan bendahari.