Rekonsiliasi Bank
Rekonsiliasi ialah proses memadankan rekod dalam MasjidKits dengan penyata bank sebenar. Tujuannya satu: pastikan setiap transaksi dalam sistem benar-benar wujud di bank, dan tiada yang terlepas. Bila kedua-duanya padan, anda boleh yakin baki masjid tepat.
Jangan risau dengan namanya yang teknikal — idea asasnya mudah: tanda setiap transaksi yang anda nampak di penyata bank, sehingga baki sistem padan dengan baki bank.

Langkah 1 — Mulakan rekonsiliasi baru
- Buka Kewangan → klik Menu → Rekonsiliasi Bank.
- Klik + Rekonsiliasi Baru.
- Isi borang dari penyata bank fizikal anda:
- Akaun Bank — akaun yang hendak diselaraskan.
- Tarikh Mula — titik permulaan; transaksi sebelum ini dianggap sudah selesai.
- Baki Mula (RM) — baki bank pada tarikh mula (auto-isi jika ada sesi selesai sebelum ini).
- Tarikh Penyata — tarikh tutup penyata bank.
- Baki Penyata (RM) — baki tutup mengikut penyata bank.
- Klik Mula Rekonsiliasi.
Langkah 2 — Tanda transaksi yang sudah masuk bank

Di worksheet, anda nampak senarai transaksi dan tiga kad ringkas di atas:
- Baki Penyata Bank — apa yang bank kata.
- Baki Sistem (Clear) — jumlah transaksi yang sudah anda tanda.
- Beza — perbezaan antara kedua-duanya.
Tanda kotak ✓ pada setiap transaksi yang sudah muncul di penyata bank anda. Setiap kali anda tanda, Beza akan berubah. Matlamat anda: jadikan Beza = RM 0.
💡 Maksud "Beza": Kalau Beza bukan sifar, ia bermakna ada transaksi dalam sistem yang belum nampak di bank (atau sebaliknya). Cth: cek yang anda tulis tapi belum ditunaikan penerima — ia ada dalam sistem tapi belum di penyata. Transaksi sebegini dibiarkan tidak ditanda dan akan dibawa ke hadapan ke rekonsiliasi seterusnya.
Langkah 3 — Simpan & tandakan selesai
- Klik Simpan Tanda untuk simpan kerja anda dan sambung kemudian.
- Bila Beza = RM 0 (badge ✓ Seimbang), butang Tandakan Selesai akan aktif. Klik untuk mengunci rekonsiliasi ini.
- Item yang belum ditanda kekal dan dibawa ke hadapan — ia akan muncul dalam rekonsiliasi akaun yang seterusnya.
💡 Contoh situasi: Penyata Bank Islam hujung Mac tunjuk baki RM14,943.80. Bendahari mula rekonsiliasi, tanda setiap derma dan bil yang nampak di penyata. Tinggal satu cek elaun RM500 yang belum ditunaikan imam — biarkan tak bertanda. Beza jadi RM0, badge hijau muncul, klik Tandakan Selesai. Bulan depan, cek RM500 itu muncul semula untuk ditanda bila ia akhirnya ditunaikan.
⚠ Perhatian: Selepas rekonsiliasi ditandakan selesai, mengubah atau memadam transaksi yang telah ditanda akan beri amaran (lihat Edit & Padam Transaksi) — semak semula rekonsiliasi jika anda terpaksa berbuat demikian.
Muat turun PDF
Klik Jana PDF pada worksheet untuk pratonton dan muat turun penyata rekonsiliasi — bukti kemas untuk fail audit.