Cuba Percuma

Edit Pukal

Kadang-kadang anda perlu betulkan banyak rekod sekaligus — contohnya tersilap letak sebulan penuh derma ke tabung yang salah. Daripada edit satu demi satu, Edit Pukal membolehkan anda tukar kategori, tabung, atau akaun untuk berpuluh rekod dalam satu langkah.

Edit pukal — langkah 1 Edit pukal — langkah 2 Edit pukal — langkah 3

Cara guna Edit Pukal

  1. Buka Kewangan. Setiap baris transaksi ada kotak pilihan (checkbox) di sebelah kiri.
  2. Tanda rekod yang hendak diubah. (Kotak di header menandakan semua sekaligus.)
  3. Satu bar akan muncul: [X] dipilih. Klik Kemaskini terpilih.
  4. Dalam tetingkap yang muncul, pilih medan yang nak diubah:
    • Kategori — biar "— tak ubah —" jika tidak mahu tukar.
    • Tabung — sama.
    • Akaun — sama.
  5. Klik Sahkan & Kemaskini.

Hanya medan yang anda tukar akan diubah; selebihnya kekal seperti asal.

💡 Contoh situasi: Sepanjang Februari, semua derma pembinaan tersilap dimasukkan ke Tabung Am sepatutnya Tabung Pembinaan. Tapis senarai ke Februari, tanda semua rekod berkenaan, klik Kemaskini terpilih, set Tabung → Tabung Pembinaan, biar Kategori dan Akaun "— tak ubah —". Tekan Sahkan — semua diperbetulkan serentak, dan laporan tabung terus tepat.

Perhatian: Bila anda tukar Kategori secara pukal, sistem akan selaraskan jenis (Masuk/Keluar) rekod itu mengikut kategori baru. Pastikan anda hanya pilih rekod yang sesuai dengan kategori yang dituju.