Cuba Percuma

Kategori (Carta Akaun) & Biro

Kategori ialah jenis setiap transaksi — dari mana datang duit (Derma Jemaah, Sewa Premis) dan ke mana perginya (Bil Utiliti, Penyelenggaraan). Kategori yang kemas membolehkan laporan kewangan jelas dan mudah difahami AJK.

Kategori & biro — langkah 1 Kategori & biro — langkah 2 Kategori & biro — kaitkan biro

Kategori lalai

Setiap masjid baru bermula dengan 8 kategori biasa — 4 jenis Masuk (Derma Jemaah, Zakat Fitrah, Tabung Masjid, Sewa Premis) dan 4 jenis Keluar (Bil Utiliti, Penyelenggaraan, Program & Aktiviti, Gaji & Elaun). Anda boleh tambah seberapa banyak yang diperlukan.

Cara menambah kategori

  1. Buka Kewangan → klik MenuKategori.
  2. Pada kad Tambah Kategori Baru, isi Nama Kategori (cth: Derma Jumaat, Bil TNB).
  3. Pilih Jenis↑ Masuk (pendapatan) atau ↓ Keluar (perbelanjaan).
  4. Klik + Tambah Kategori.

Perhatian: Kategori yang sudah digunakan oleh transaksi tidak boleh dipadam (ia akan tunjuk label Digunakan). Hanya kategori kosong (0 rekod) boleh dipadam. Ini melindungi laporan lama anda daripada rosak.

Biro — kumpulan perbelanjaan

Biro ialah lapisan tambahan untuk perbelanjaan sahaja. Ia mengumpulkan kategori belanja mengikut jawatankuasa masjid, supaya Penyata Pendapatan & Perbelanjaan boleh dibentangkan secara rasmi ikut biro (standard AGM).

Biro lalai:

Biro Contoh belanja
Biro Pentadbiran Bil, gaji, alat tulis (ini biro lalai)
Biro Pendidikan & Dakwah Kelas agama, kuliah, hadiah penceramah
Biro Kebajikan Bantuan khairat, sumbangan asnaf
Biro Pembangunan & Penyelenggaraan Baik pulih, servis, ubah suai

Kaitkan kategori belanja dengan biro

Pada senarai kategori, setiap kategori Keluar ada dropdown biro di sebelahnya. Pilih biro yang sesuai — perubahan disimpan serta-merta. Kategori Masuk tidak ada biro (pendapatan tidak dikumpul ikut biro).

💡 Contoh situasi: Anda buat kategori Servis Penghawa Dingin (Keluar) dan letak di bawah Biro Pembangunan & Penyelenggaraan. Bila tiba AGM, Penyata Pendapatan & Perbelanjaan akan tunjuk jumlah belanja biro itu secara berasingan — ahli jawatankuasa nampak terus berapa masjid belanja untuk penyelenggaraan tahun itu.

Perhatian: Biro Pentadbiran tidak boleh dipadam (biro lalai). Jika anda padam biro lain, kategori di bawahnya akan dipindahkan ke Biro Pentadbiran secara automatik.